Bismillah.... Pictures, Images and Photos

Friday, October 21, 2011

D O A~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera~

oke2.. just some stuff to be shared to all my readers.. hope give u a lot of benefit from this entry yawh... till then take care... ^^




Doa membawa maksud memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t yang Maha Pemurah. Allah s.w.t. menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya seperti firman di bawah yang bermaksud:

  • Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mu’min:60)

Doa merupakan senjata orang mukmin... Dengan berdoa kita akan peroleh ketenangan dan insya ALLAH sedikit sebanyak bebanan yang kita pikul akan berkurangan di hati kita ini.  Pintalah keampunan pada yang Maha Esa nescaya ALLAH kan membantu kita kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Doa juga merupakan ibadah yang akan di berikan ganjaran pahala oleh ALLAH buat hambaNya yang ikhlas.Orang yang berdoa akan dapat merasakan keagungan dan kebesaran ALLAH s.w.t maka dari berdoa kita akan dapat merasakan yang kita hanyalah hambaNya yang lemah dan sentiasa inginkan bantuan daripadaNya. Firman ALLAH di dalam ayat 186m Surah Al Baqarah;

"dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka ) : Sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu"

Waktu mustajab doa di makbulkan;-
  1. ketika hujan
  2. sebelum dan selepas solat
  3. ketika menghadapi musuh di dalam peperangan
  4. antara azan dan iqamat 
    • "tidak di tolak doa yang di mohonkan antara azan dan iqamat" (hr Al Tirmizi)
  5. ketika iktidal yang terakhir di dalam solat
  6. ketika sujud di dalam solat
  7. ketika khatam Al Quran
  8.  sepanjang malam terutama sepertiga terakhir malam dan pada waktu sahur
  9. sepanjang jumaat
    • kerana mengharapkan bertemu saat ijabah (saat di perkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat
  10. antara zohor dan asar dan antara asar dan maghrib
  11. berdoa di tempat sunyi
  12. ketika di zalimi 
  13. semasa musafir
  14. doa dari seorang bapa untuk kebaikkan anaknya
  15. ketika wukuf di padang arafah
  16. selepas subu sebelu terbit matahari
  17. ketika hendak berbuka puasa
  18. doa seorang sakit
  19. ketika malam Lailatul Qadar
  20. malam jumaat
  21. di dalam Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsa
  22. doa Raja yang adil
  23. doa seorang anak yang taat akan bapanya
  24. semasa tawaf mengelilingi kaabah
  25. di belakang makam Nabi Ibrahim di dalam Masjidil Haram
  26. di dalam mana-mana masjid
Cara berdoa;
  1. Yakin kepada ALLAH
  2. Menadah kedua belah tapak tangan
  3. Berdoa dengan merendah diri dan suara perlahan
  4. berdoa dalam keadaan arju (mengharap)
Hebatkan kuasa doa? Jadi berdoalah dengan penuh pengharapan kerana ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pintalah pada ALLAH nescaya ALLAH akan memakbulkan permintaan kita itu TAPI janganlah masa sedihke kecewake baru nak cari ALLAH ye? Ingatlah ALLAH sentiasa itu dekat dengan kita dan ALLAH sayang akan hambaNya yang sentiasa dekat dengannya. Insya ALLAH..^^


    Photobucket